}

Saturday 29 March 2014

RETORIK DAN GAYA BAHASA DALAM KARYA AGUNG

          

Konsep retorik

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), retorik merupakan kajian tentang pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan.  Adenan Ayob et al. ( 2010) pula menyatakan bahawa retorik merupakan seni penggunaan bahasa persuratan atau lisan yang melibatkan penyampaian fakta dan idea dengan menggunakan bahasa yang tersusun, menarik dan mampu memberi impak kepada pendengar dan juga pembaca.  Secara ringkasnya, retorik merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca.  Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran serta kemahiran menulis yang dimilikinya.  Kesemua elemen ini akan dirangkumkan dalam perenggan-perenggan penulisannya.  Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa yang hendak disampaikan oleh penulis sekali gus memberikan kesan yang mendalam kepada emosi dan tindakan pembaca.








No comments:

Post a Comment