ANALISIS
BINAAN DAN STRUKTUR AYAT
DALAM
TUHFAT AL-NAFIS
Nurul Artiqah
binti Azman
Universiti
Pendidikan Sultan Idris
armatiqah@yahoo.com
ABSTRAK
Kajian ini
bertujuan untuk menganalisis binaan dan struktur ayat dalam karya agung. Karya
agung ialah karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran,
pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu
bangsa. Karya itu dapat dianggap sebagai pembentuk dan cermin budaya dan
tamadun bangsa yang melahirkan karya itu. Ia melambangkan keunggulan daya cipta
bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Dalam
kajian ini, pengkaji ingin menganalisis binaan dan struktur ayat dalam karya
klasik dengan mengambil kira perbezaan bahasa Melayu klasik dengan bahasa
Melayu moden kini. Oleh itu, pengkaji memilih karya agung Tuhfat al-Nafis
sebagai karya yang akan dikaji. Karya agung Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah
karya kitab sejarah yang terpenting dalam kesusasteraan Melayu. Kitab ini
merupakan karya Tun Sri Lanang, seorang Bendahara Johor sekitar tahun 1612.
Ketika itu negeri Johor diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III sekitar
tahun 1597 hingga 1615.
1.0
Pengenalan
Pembentukan
sesebuah ayat memerlukan kata. Seterusnya kata itu dirangkai dengan kata yang
lain menjadi frasa, lalu frasa digabungkan dengan frasa lain menjadi klausa
atau ayat. Dapat disimpulkan bahawa ayat dibentuk bermula daripada penyusunan
perkataan-perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan ayat. Cabang dalam
linguistik yang mengkaji pembentukan ayat inilah yang dikenal sebagai
sintaksis.
Asal usul perkataan “sintaksis” ini berasal daripada perkataan Yunani,
iaitu “sun” yang bererti “dengan” dan “tettein” yang bererti sebagai
“menempatkan kata-kata secara bersama-sama secara etimologi, sintaksis dapat
diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi
kelompok kata atau ayat”. Menurut istilah, sintaksis ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim
et. al. 1993).