Tuhfat al-Nafis merupakan kitab sejarah Melayu yang terpenting dalam kesusasteraan Melayu selepas Sejarah Melayu. Karya agung ini merupakan sebuah karangan sejarah, iaitu dimulakan oleh Raja Haji Ahmad, dan diteruskan hingga selesai oleh anaknya iaitu Raja Ali Haji. Tuhfat al-Nafis memaparkan tentang kebudayaan, ketinggian dan kemakmuran pedagangan kerajaan negeri Johor. Secara ringkasnya, ia menceritakan bagaimana pembabitan orang-orang Bugis bermula di Tanah Melayu.
RETORIK DALAM TUHFAT AL-NAFIS
1. Retorik pendedahan, contohnya:
Syahadan apabila mangkatlah ia
menggantikan kerajaannya puteranya yang bernama Raja Mahmud bergelar Sultan
Mahmud Syah. Maka masa kerajaan baginda
inilah membunuh saudaranya itu, iaitu Raja Zainal, kerana Raja Zainal itu
adalah baik parasnya cantik manis, memberi ghairat segala hati perempuan
melihatnya. Dan banyak anak-anak orang
Melaka berahikan dia hingga anak-isteri orang tiadalah berketurunan mengidah
Raja Zainal itu dengan bunga bergubah dan sirih bersulur. Mana-mana yang berkenan diambilnya dan
mana-mana yang tiada diberikannya kepada segala juak-juaknya. Maka cabullah negeri Melaka itu dengan hal yang demikian itu. Maka menyuruhlah Sultan Mahmud itu akan
seorang hambanya menikam Raja Zainal itu malam-malam pada tempat tidurnya. Maka matilah Raja Zainal itu digemparkan oleh
orang-orang negeri itu mengatakan Raja Zainal mati ditikam oleh pencuri konon
adanya.
( Halaman 7:3)
2. Retorik penerangan. Contohnya:
Maka raja muda pun membunuh isterinya lalulah
ia keluar mengamuk pula, kerana fikirannya daripada isterinya diambil
Minangkabau diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Raja Muda pun mengamuklah
menyerbukan dirinya kepada pihak sebelah Raja Kecik itu. Lalu berkejar-kejaran hambat-berhambat hingga
sampai ke Kayu Ana nama tempat itu. Maka
Raja Muda pun mangkatlah di situ, sebab sabur menyabur orang beramuk itu.
3. Retorik penceritaan . Contohnya:
(Halaman 68:3)
4. Retorik pemujukan. Contohnya:
Syahadan setelah Tun Dalam, iaitu Raja
Kecik mendengar titah duli baginda itu, maka ia terdiam sejurus. Kemudian baharu ia berdatang sembah seraya katanya, ‘Yang patik ini mana-mana
sahaja titah perintah. Tiada patik berniat salah kepada duli tuanku , akan
tetapi bilakan Raja Muda percayakan patik, melainkan patik pohonkan Raja Haji
bersama-sama’. Lalu baginda memanggil
Raja Haji. Maka Raja Haji pun datang. Maka baginda pun bertitahlah, ‘ hai anakku,
Raja Haji , yang keruh aku minta jernihkan, yang kusut aku minta
selesaikan. Maka muafaktlah Raja Haji
dengan Tun Dalam aku minta ambilkan Raja Muda balik ke Riau ini’. Maka Tun Dalam pun berlayarlah ke Linggi
bersama-sama Raja Haji. Maka Raja Kecik
pun mengajak Raja Haji singgah ke Melaka dahulu. Maka keduanya pun singgahlah ke Melaka.
( Halaman 137: 2)
No comments:
Post a Comment