}

Thursday 10 April 2014

TOKOH KARYA AGUNG MELAYU ( ABDUL SAMAD AL - FALIMBANI DAN MUNSYI ABDULLAH)

ABDUL SAMAD AL-FALIMBANI

Latar belakang

  • Dikenali dengan tiga nama iaitu Samad Al - Jawi Al - Falimbani, Abdul Samad bin Abdullah Al - Jawi, dan Sayyid Abdul Al - Samad bin Abdul Rahman Al- Jawi.
  • Dilahirkan pada 1704 Masihi bersamaan dengan 1116 H di Palembang, Indonesia.
  • Berasal daripada keturunan Arab sebelah bapa iaitu Syed Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad Al - Mahdani.
  • Ayah beliau merupakan seorang ulama yang berasal dari Yaman dan seterusnya dilantik menjadi Mufti Kedah pada awal abad ke-18.

Pendidikan
  • Mendapat pendidikan asas daripada bapanya sendiri di Kedah.
  • Bapanya menghantar beliau mengaji ilmu pondok di Pattani, Thailand. Antara gurunya di Pattani ialah Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauk Bok.
  • Beliau mempelajari ilmu sufi daripada Syeikh Muhammad bin Samman di samping mendalami kitab - kitab Tasawwuf.
  • Beliau mendalami bidang Tasawwuf dengan mempelajari ilmu itu daripada Syeikh Abdul Rauf Singkel dan Syamsuddin Al - Sumaterani yang kedua - duanya berasal dari Acheh.
  • Kemudian, bapanya menghantar beliau ke Tanah Arab dan Madinah untuk mendalami ilmu agama Islam.
  • Antara teman seperguruan beliau sewaktu menuntut ilmu Adi Mekah ialah Muhammad Arsyad Al - Banjari, Abdul Wahab Bugis, dan Daud Al - Fatani yang kesemuanya menjadi ulama Nusantara yang terkenal.

Antara karya yang dihasilkan oleh beliau
  1. Zuhrah Al - Murid Fi Bayan Kalimah Al - Tauhid
  2. Hidayah Al - Salikin Fi Suluk Maslak Al - Muttaqin
  3. Sayr Al - Salikin Ila Ibadat Rabb Al - Alamin
  4. Tuhfat Al - Raghibin Fi Bayan Haqiqat Iman Al - Mukminin
  5. Al - Urwah Al - Wusqa Wa Silsilah Ulil - Ittiqa' 
  6. Ratib' Abdul Samad
  7. Zad Al - Muttqin Fi Tauhid Rabb Al - 'Alamin

Peranan dan Sumbangan 
  • Banyak menyeru umat Islam agar berjihad melawan penjajah Eropah yang menjajah Nusantara pada ketika itu.
  • Menyebarkan ajran Sufisme.
  • Bergerak aktif menyelesaikan dua perkara pokok di Nusantara iaitu dakwah Islamiah dan Kolonialisme Barat.
  • Memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak terjebak dengan ajaran - ajaran Tasawuf.
  • Beliau menghasilkan kitab Nasihah Al - Muslimi Wa Tazkirah Al - Mu'min Fi Fadail Jihad Fi Sabilillah demi meniupkan semangat jihad kepada umat Islam di seluruh dunia bagi menentang kolonial Barat.
  • Pernah terlibat dalam peperangan Pattani dan Kedah dalam menentang Siam pada tahun 1832.
  • Syeikh Daud Fattani dan Syeikh Abdul Samad Al - Falimbani balik dari Makkah untuk menyertai peperangan tersebut.
  • Beliau dilantik menjadi panglima perang dan syahid dalam peperangan tersebut.
  • Beliau telah ditangkap dan disula oleh tentera Siam dan kepalanya telah dipancung dan dibawa ke Bangkok untuk dipersembahkan kepada Raja sebagai bukti kematiannya.
  • Pengkaji sejarah menemui kuburnya di Mukim Jenung, Chanaa, Thailand iaitu berhampiran dengan Pondok Bantrap.

Pemikiran Abdul Samad Al - Falimbani
  • Abdul Samad lebih cenderung pada disiplin fardhu ain iaitu bidang Tasawwuf.
  • Dua karyanya yang terkenal dalam bidang Tasawwuf ialah  Hidayah Al - Salikin dan Sayr Al - Salikin
  • Transformasi pendekatan Tasawwuf Syeikh Al- Falimbani lebih menekankan hal - hal berkaitan penyucian fikiran dan perilaku sosial.
  • Beliau turut memberi penekanan berkaitan aspek syariat dan tasawwuf sebagai salah satu maqam ( tempat ) tertinggi dan hala tuju seorang sufi.

MUNSYI ABDULLAH

Latar belakang
  • Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abdul Kadir
  • Beliau dilahirkan pada 1796 Masihi di Melaka.
  • Abdullah mempunyai empat orang adik - beradik
  • Beliau berketurunan Arab dan India
  • Munsyi Abdullah berkebolehan menguasai banyak bahasa seperti Arab, Tamil, Hindustani, Inggeris, dan Melayu.
  • Antara jawatan yang pernah dipegang seperti penulis, penterjemah buku dan guru.
  • Mula bekerja dengan bapanya iaitu menolong menyalin dokumen - dokumen penting.
  • Mengajar bahasa Ibunda kepada askar - askar India dan British
  • Bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford Raffles
  • Kecekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai seorang guru telah melayakkan beliau untuk mendapat nama "Munsyi Abdullah" yang diberi oleh Tuan Raffles.

Sumbangan dan peranan
  • Dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika Stamford Raffles membuat lawatan ke Melaka kali ketiga.
  • Bekerja di kediaman Raffles, Bandar Hilir, Melaka sebagai jurutulis
  • Ketika usianya 27 tahun, Abdullah telah mengajar Bahasa Melayu kepada Paderi Milne.
  • Selain menjadi guru kepada orang Inggeris, Abdullah turut mencetak buku dan risalah.
  • Percetakan lebih giat dilakukan selepas peralatan percetakan seperti pengecap buku dan surat serta pembentuk huruf - huruf Jawi dibawa masuk.
  • Abdullah telah menggunakan peralatan baru untuk membuat huruf - huruf mengaturnya, dan mencetak buku serta surat.
  • Dengan bantuan Abdullah, Aglo-Chinese College ( ACC ) telah mengeluarkan terjemahan buku matematik untuk anak - anak Melayu.

Karya Munsyi Abdullah
  1. Syair Singapura Terbakar ( 1847 )
  2. Hikayat Kalilah Wa Daminah ( terjemahan Tamil, 1835 )
  3. Kitab Adat Segala Raja - raja Melayu dalam Segala Negeri (1837)
  4. Dawai - Kulub (1838)
  5. Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( 1838)
  6. Hikayat Abdullah ( 1849 )
  7. Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah ( 1854 )
  8. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan (1838)
  9. Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsti dari Singapura sampai ke Makkah (1858-9)
  10. Syair Singapura Terbakar (1843)
  11. Syair Kampung Gelam Terbakar ( 1847 )
  12. Malay Poem on Year's Day ( 1848 )
  13. Ceretera Kapal Asap ( 1843 )
  14. Ceretera Haji Sabar Ali ( 1851 )
  15. Bahwa Ini Hikayat Binatang ( 1846 )

Pemikiran Munsyi Abdullah
  • Kebanyakan hasil penulisan yang ditulis oleh Abdullah adalah berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilaluinya dan hal - hal realiti.
  • Dua karya agungnya yang hebat iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan.
  • Hikayat Abdullah merupakan kisah riwayat hidup beliau. Beliau sangat dikenali dengan hasil karya tersebut.

RUMUSAN

Kedua - dua tokoh ini memainkan peranan yang sangat besar dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Sumbangan mereka bukan sahaja pada dakwah lisan sahaja, malah mereka juga telah menghasilkan karya - karya yang bermanfaat dan dapat digunakan oleh masyarakat sebagai rujukan sehingga ke hari ini.


Rujukan :

Ghazali Dunia. (pnys). (1992). Sastera Melayu Lama. Prosa dan Puisi. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Siti Hawa Hj. Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syeikh Abdul Shamad Al - Falimbani. (2008). Hidayatus Salikin. Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa.

Hamzah Hamdani (2007). Hikayat Abdullah. Batu Caves, Selangor : PTS Publications & Distributors.




No comments:

Post a Comment